Dari penulis


Assalamualaikum,

Buat kawan-kawan yang menyokong usaha laman web ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. InsyaAllah pada esok hari – 28 Jun 2007 – laman web ini akan bertukar URL nya ke www.studiomuslim.com.

Saya sudah tidak lagi menggunakan khidmat wordpress untuk memudahkan anda mengunjungi laman web ini. Doakan agar segala urusan dipermudahkan Allah.

Sila taip www.studiomuslim.com untuk artikel-artikel baru pada esok hari.

Ada yang bertanya kepada saya, “Kenapa ingin menulis hanya 7 langkah kepimpinan Nabi Muhammad sahaja?”

Saya tersenyum sendirian. Sebenarnya saya dalam proses menyiapkan sebuah buku ‘Rahsia Kepimpinan Nabi Muhammad’. InsyaAllah paling lambat saya cuba siapkan dalam tempoh dua bulan(termasuk proses mengkaji dan bertanya kepada ustaz). Kemudian akan terus dihantar kepada penerbit. Masa untuk penerbit untuk menerbitkannya itu tidak pula dapat dijangka. Mungkin dua bulan, empat bulan atau enam bulan.

Kerana inilah saya hanya dapat memberi hanya 7 langkah kepimpinan Nabi Muhammad. Saya kena jaga hati penerbit juga. Dan entri yang ditulis di sini adalah ringkasan daripada entri di dalam buku tersebut.

Doakan saya agar dapat menyiapkan buku tersebut.  Doa saudara/i semulah yang saya harapkan.

Maaf kerana menyepi buat seketika. Tapi alhamdulillah kerana blog yang baru sahaja dibuka selama 8 hari ini telah menarik ramai pengunjung. Terima kasih atas sokongan beberapa pelawat yang menghantar mesej kepada saya untuk lebih kerap update blog ini.

Itu sudah cukup memberikan saya semangat untuk meneruskan matlamat blog ini. Doa-doakan.

Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana tidak dapat update blog ini buat sementara waktu. Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan beberapa entri mengenai rahsia kepimpinan Nabi Muhammad. Itu pun kalau saya sempat mengkaji dan menulisnya seberapa pantas.

Harapan saya, teruslah kita sentiasa meneliti dan menghayati setiap yang telah ditunjukkan oleh Allah dan rasulnya, Nabi Muhammad. Ingat setiap ilmu yang baik walau datang dari dunia barat sekalipun, harus kita tuntut.