Kepimpinan Nabi Muhammad


Ini rahsia pertama yang ingin saya dedahkan iaitu pemimpin yang baik tidak akan mencadangkan diri sendiri untuk memegang sesuatu jawatan. Perkara ini selalu terjadi di universiti mahupun di sekolah. Malah di dalam sektor politik negara pun terjadi perkara sebegini – seorang pemimpin ingin memegang banyak jawatan.

Ada kebaikannya

Mungkin ada yang mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan, “Dah kalau orang yang dipilih itu memang tidak layak, lagilah teruk barisan pimpinan.” atau pernah juga saya dengar semasa saya mengikuti satu kem remaja yang majoriti bilangan pesertanya adalah dari golongan bermasalah, ada seorang kawan saya berkata begini, “Kalau tiada sesiapa antara kita yang bangun mencadangkan diri sendiri sebagai pemimpin memang teruklah kem kali ini.”

Memang benar, ada betulnya dan ada kelemahannya. Cuma apabila saya membaca kisah-kisah Nabi Muhammad, rupanya memang ada hikmah sekiranya kita tidak mencadangkan diri sendiri untuk sesuatu jawatan, terutama jawatan sebagai seorang ketua.

Hayati kisah Nabi Muhammad

Seperti entri sebelum ini saya ada menceritakan kisah tentang peristiwa perletakan batu Hajar Aswad. Saya perhatikan di situ, tiada pula Nabi Muhammad mencadangkan dirinya sendiri menjadi ketua untuk mengadili golongan ketua-ketua itu. Malah, Nabi Muhammad juga berasa takut semasa kali pertama didatangi Jibrail.

Kelemahan jika kita selalu mencadangkan diri kita sendiri sebagai ketua bermula dengan perasaan dalaman kita iaitu kita berasa terlalu yakin yang diri kita lebih sempurna daripada orang di sekeliling. Jadi, ini akan menyebabkan kita jarang memikirkan kekurangan diri sendiri.

Jangan rasa diri sendiri lebih baik daripada orang lain

Jika kamu rasa diri kamu pandai, pasti ada orang lain yang lagi pandai daripada kamu. Jika kamu rasakan diri kamu kuat, pasti ada orang lain yang lebih kuat daripada kamu.

Seorang pemimpin yang baik adalah orang yang tidak merasakan dirinya adalah sempurna kerana jika ini terjadi, dia akan kurang yakin akan keberkesanan konsep bekerja secara berkumpulan. Apabila ini berlaku, dia akan berasa semua beban terletak pada dia seorang sahaja menyebabkannya tidak membahagikan tugas kepada orang lain(seperti saya katakan tadi, dia kurang yakin akan keberkesanan bekerja secara berkumpulan). Apabila terlalu banyak kerja… erm.. faham-faham sahajalah, sudah tentu akan ada kerja yang terbengkalai. Kalau tidak terbengkalai pun, kurang kualiti.

Nabi Muhammad adalah seorang yang yakin akan bekerja secara berkumpulan. Jadi, beliau membina teamwork. Eh! Ini sudah masuk rahsia kedua. Jadi, harap sudi meluangkan waktu lagi untuk membaca entri seterusnya.

Satu perkara lagi sebelum saya terlupa, ada kelemahan lain apabila kita berasa diri kita patut jadi ketua. Ini saya sendiri alami semasa berada dalam kem remaja yang majoriti pesertanya adalah remaja bermasalah. Kelemahannya adalah saya berasa diri ini terlalu baik, jadi memandang rendah kepada mereka. Ini membuatkan juga saya kurang bergaul dengan mereka sedangkan itulah yang perlu sebagai seorang pemimpin.

 

p/s: Maaf jika entri kali ini agak tidak tersusun ayat-ayat serta isinya kerana saya menulisnya dengan tergesa-gesa.

 

 

 

Nabi Muhammad tidak pernah berahsia dengan kita. Cuma kerana kita tidak cuba mengkajinya maka ia menjadi satu rahsia. Inilah rahsia terbesar. Rahsia kepimpinan Nabi Muhammad.

Mengapa Micheal H. Hart menyenaraikan Nabi Muhammad pada kedudukan pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dunia, itulah yang perlu dikaji dan diteliti. Micheal H. Hart mengatakan Nabi Muhammad tidak disanjung kerana kedudukannya sebagai seorang Nabi tetapi kerana sikap profesional Nabi Muhammad dan daya kepemimpinannya yang tinggi.

Ini adalah sesuatu yang betul dan benar. Bila kita lihat balik episod kepimpinan Nabi Muhammad, beliau sudah dipandang sejak beliau muda lagi. Sebelum dilantik Allah menjadi Nabi lagi beliau sudah mula diberi kepercayaan oleh penduduk setempat malah pemimpin-pemimpin pada masa itu.

Ini berlaku semasa peristiwa perletakan batu Hajar Aswad yang menyebabkan perbalahan antara pimpinan pada masa itu. Kemudian, para pemimpin berbincang dan akhirnya melantik Nabi Muhammad untuk mengadili siapa yang patut diberi penghormatan untuk meletakkan batu Hajar Aswad tersebut. Cuba anda bayangkan, pada ketika itu umur Nabi Muhammad baru mencecah awal 20-an. Sangat muda.

Dan kadang-kadang saya berasa terlalu kagum dengan kisah-kisah Nabi Muhammad. Bila berbalik kepada diri saya sendiri, tidak pula ada menteri meminta saya mengadili perbalahan antara mereka. Hehe. Kena sedar diri juga lepas ini.

Saya tetap berusaha mengkaji apakah tip-tip penting dalam rahsia kepimpinan Nabi Muhammad ini. Kenapa dunia menyanjungnya? Kenapa dia yang dipilih oleh Allah? Dan bagaimana dia mempengaruhi satu dunia dalam menyebarkan agama Islam.

Bila difikirkan terlalu mustahil untuk membawa satu ajaran yang baru seorang diri. Malah di tengah-tengah kejahilan masyarakat Arab ketika itu memang merupakan satu usaha yang tidak logik untuk beliau menyebarkan agama Islam. Tetapi, yang pasti beliau mampu melakukannya. Malah, agama Islam terus tersebar luas.

Itulah yang perlu kita fikirkan. Langkah demi langkah diatur dan disusun hebat oleh Nabi Muhammad. Inilah yang ingin saya ceritakan dalam entri seterusnya. Dan ingat, Nabi Muhammad memang tidak pernah berahsia dengan umatnya – kita.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.